top of page

Apa itu Konjac ? 

“Amorphophallus Konjac” atau UBI KONJAC adalah sejenis tumbuhan `perennial’ yang mana masa jangka hayat pokoknya adalah sehingga 3 tahun sahaja, biasanya tumbuh di benua Asia dan kadangkala dikenali sebagai `Konnyaku’ .


Ubi Konnyaku or Konjac ditanam sebagai makanan ruji di Jepun & Korea, tetapi tumbuhan liar hidup secara semulajadi di kebanyakan tanah tinggi di China, Korea & Jepun. Pokok ini selalunya tumbuh liar di kawasan yang tinggi altitud, dan oleh itu adalah sucu murni dan bebas pencemaran alam.


Rakyat Jepun telah makan Konjac lebih dari 1500 tahun. Pada mulanya ia diperkenalkan di Jepun sebagai ubat di abad ke enam kerana ia dikenali untuk kegunaan kesihatan ketika itu ! Ianya kemudian digunakan sebagai pemekat makanan dan agar-agar and selalu digunakan dalam mee.


Ianya adalah makanan yang datang dari sumber semulajadi. 90% Konjac adalah air dan 3% adalah Glucomannan, atau serat. Ia kaya dengan garam galian dan mempunyai kandungan kalori rendah. Tetapi , harus diingat, span kami, jangan dimasukkan ke dalak mulut ! Ini hanya beberapa fakta mengenai tanaman apabila dijadikan makanan, untuk sesiapa yang ingin tahulah ya !


Tetapi, lebih satu abad, orang-orang Jepun telah menggunakan sayur konjac sebagai rawatan kecantikan untuk kulit mereka yang halus.


Amorphophallus konjac adalah berbentuk alkali dan depenuhi dengan banyak kebaikan. Ia mengandungi terlalu banyak kebaikan, kami tidak dapat menulis kesemuanya, tetapi di sini kami maklumkan sedikit ! Protin, karbohidrat, ferum, fosforus, zink, vitamin A, vitamin E, vitamin D, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C dan asid folic. 

 

Itulah sebabnya orang Jepun memakannya dan menggunakan di kulit mereka !

 

bottom of page